Tuesday, February 24, 2015

Kejohanan Bola Tampar QIT Melor 2015

SK Kampong Chengal telah terpilih sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Tampar bagi Qit Melor. Sebanyak 12 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.
            Hari ini perlawanan untuk kategori murid perempuan bawah 12 tahun, manakala esoknya pula perlawanan untuk kategori murid lelaki bawah 12 tahun.

             Keputusan Kategori Lelaki :
  1.       Johan                  - Sk Padang Kala
  2.       Naib Johan         - Sk Kampong Chengal
  3.       Tempat Ketiga   - Sk Buloh Poh                                                     

             Keputusan Kategori Perempuan:
  1.       Johan                 - Sk Buloh Poh
  2.       Naib Johan        - Sk Bechah Keranji
  3.       Tempat Ketiga  - Sk Padang Kala
                           


Persiapan sebelum perlawanan



 
Pendaftaran & Taklimat





Guru Besar (Pn Hjh Supinah) dan PK1(En Zaharuddin) 
turut turun padang menyaksikan perlawanan.


















            Suasana hari pertandingan, walaupun panas tetapi ia tidak mematahkan semangat peserta untuk mencapai kemenangan. Syabas untuk semua Team Bola Tampar Qit Melor.

Thursday, February 5, 2015

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6

       Perjumpaan telah diadakan di dewan
sekolah pada pukul 2.30 petang.

Guru Tahun 6



 
Ibubapa Yang Hadir



 
Ucapan SU peperiksaan/kecemerlangan skkc

Tuesday, February 3, 2015

Majlis Lambaian Kasih


Hari ini......
pada 3. Feb. 2015.......
Warga SKKC berasa amat kehilangan  
seorang pentadbir yang boleh dianggap ayah, abang dan kawan......
namun apakan daya.....



Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Kampong Chengal Tn Hj Kamaruddin b Mohamad 
yang amat dihormati  dan disayangi oleh semua warga SKKC telah bertukar ke 
SK Long Ghafar sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.


 Walaupun pertukaran merupakan lumrah 
kepada kita sebagai penjawat awam 
namun kami warga SKKC berasa 
pemergian beliau merupakan 
satu kehilangan besar 
kepada kami 
semua.





Lambaian kasih dari PK HEM



Batang selasih permainan budak
Rumput selirat dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Telah tersurat dituruti juga.

Barisan pentadbir  GB Pn Hjh Nik Sapinah dan PK KO En Darus




Murid-murid berkumpul untuk memeriahkan majlis




Kami iringi pemergian mu dengan doa.......







Ucapan dari wakil murid



Ucapan wakil guru lelaki Ustaz Ruzi



Ucapan wakil guru perempuan Pn Ramlah bt Aban


Ucapan dari Tn Guru Besar, Pn Hjh Nik Sapinah bt Mat Daud yang mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat 
Tn Hj Kamaruddin b Mohamad 


Amanat terakhir dari Tn Hj Kamaruddin











Kalaulah jadi pergi ke ladang
Kain panjang cari dahulu
Sudah jadi pergimu tuan
senda guraumu kami merindu

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan
Walaupun pindah ke Long Ghafar tu
Harapnya biarlah hilang dimata dihati jangan